selamat datang ke blog bomb magic...

"di sini kita akan mempersembahkan magic dan ada juga tutorial nya...layan!!!!!"

follower

magic itu seni

Saturday, 26 February 2011

rindu yang hilang

penghinaan itu memang hak aku,,kalau dulu aku memperlakukan seperti kucing kurap kini aku di halau seperti anjing gila...kemarahan keluarga nadia,kemarahan yang bertempat kerana aku sendiri meletakkan sebuah cinta pada tempat yang salah..

   masih ada simpati ke atas aku..hari itu segalanya terbongkar..nadia telah meninggalkan tanah air...nadia menyambung pelajarannya di US..nadia berangkat selepas peristiwa hitam itu..nadia pergi bersama air mata dan sebuah kekecewaan..

  apa yang mampu kuucapkan kepada sofea.adik bongsu nadia adalah jutaan terima kasih..alamat yag di berikan mungkin nafas baru percintaan ini...

   puluhan pucuk surat telah kuutuskan buat nadia..penantianku teteap jua kehampaan..apakah luka nadia terlalu parah..aku terlalu ingin merawat kelukaan itu..kelukaan hasil tanganku..berilah aku peluang,nadia...setidak-tidaknya sebuah kemaafan,biarpun bukan sekadar kemaafan yang aku mahu malah aku ingin kembali memiliki kasih dan sayangmu...

  akhirnya kemarau berakhir jua...ini hadiah hari lahirku yang paling istimewa,warkah dari nadia kukucup berulang kali..walaupun hanya sekadar ucapan hari lahir tapi kemaafan yang diberi amat bermakna..ini adalah harapan..aku akan menunggumu,sayang!!

  aku akan menanti kepulanganmu,nadia...kita akan bina semula keruntuhan itu..biar kita sama-sama mencipta impian baru..akan kuharungi segala rintangan dan akan aku belaimu sepenuh jiwa..aku tidak akan benarkan kesilapan ini berulang lagi..percayalah nadia..

  panggilan dari sofea hari itu cukup untuk aku merasakana dunia ini aku yang punya..penantianku selama ini hampir dua  tahun akan berakhir..nadia akan pulang ke tanah air bersama segulung ijazah..tahniah syang!!..aku akan menunggu di situ dengan sebuah harapan berbunga...

  semakin hampir detik itu,semakin kencang debaran ini..wajahku berseri-seri  dan aku sendiri terlalu tidak sabar untuk menatap wajah nadia..biarpun wajah nadia tidak pernah hilang dari mata hatiku,aku ingin sekali memandang nadia benar benar dihadapanku...

   hari yang dinanti datang juga..aku bagaikan ketemu satu tenaga baru...pagi-pagi lagi aku ke kedai bunga...sejambak ros kegemaran nadia berada di tangan..terus saja aku ke lapangan terbang KLIA..aku tidak mahu terlambat,aku tidak boleh melakukan satu lagi kesilapan..

  mata aku mula menerawangmencari nadia...kesesakan dibalai ketibaan tidak rasa kerana kegmbiraan mangatasi segala kerimasan ini...

  di sini hanya sofea yang menunggu nadia..ini permintaan  nadia pada sofea agar kepulngannya dirahsiakan dari keluarga..untuk surprise katanya,tapi aku tahu kenapa....nadia tahu hubungan tegang diantara aku dan bapanya...dia tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku..bagi aku aku tidak pernah menyimpan dendam pada bapa nadia....kerana tindakan nya adalah wajar bagi seorang bapa...ini juga  adalah gambaran masih ada cinta di hati nadia...

  dari kejauhan itu.,aku telah jelas melihat nadia..nadia telah jelas berubah..nadia kelihatan anggun dengan tudung hijau ala wardina..biarpun nadia telah campakkan imej seksinya,aku masih mampu mengenalinya..inilah kehebatan cinta...ia dapat melihat walaupun buta...nadia melemparkan senyumannya padaku...sebuah senyuman yang telah lama hilnang..

  "assalamualaikum abang jefri,apa khabar??sofea apa khabar??sihat??
  "waalaikumussalam,abang sihat??nadia macammana??
  "oh ya!abang...erk...perkenalkan ini my husband,QHALID BIN ABDULLAH dan ini anak kami      MOHAMED JEFRI!

  hari ni aku masih ditemani oleh sebuah kedukaan..aku cuba mengenali diri aku yang telah lama hilang...aku tahu aku terlalu kejam pada diriku sendiri..aku yang mencipta kesedihan yang tidak berpenghujung ini...aku tidak mampu mengemis sebuah cinta...


  aku tidak mampu lagi menagih sebuah kasih kerana ianya adalah SEBUAH RINDU YANG HILANG...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...