selamat datang ke blog bomb magic...

"di sini kita akan mempersembahkan magic dan ada juga tutorial nya...layan!!!!!"

follower

magic itu seni

Saturday 24 December 2011

“TUN DR. MAHATHIR: IKON MEMBACA KEBANGSAAN PENGGERAK KEMAJUAN NEGARA”

TUN DR. MAHATHIR: IKON MEMBACA KEBANGSAAN PENGGERAK KEMAJUAN NEGARA”

'Akarnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar, daunnya tempat berteduh', inilah ungkapan frasa yang dapat menyingkap kehebatan pemodenan yang telah ditasalsulkan oleh mantan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap pembangunan watan Malaysia. Selama lebih dua dasawarsa menabur alpukah dalam menjana urbanisasi dalam kontrastif bahari dan marcapada kini, intelegensia yang telah diangkat selaku Ikon Membaca Kebangsaan oleh Perpustakaan Negara Malaysia telah mempamerkan akauntabiliti secara itlak dalam pemodenan bangsa. Beliau umpama filantrofis dalam makrifat akal yang telah menurapkan entiti pembangunan melapisi pasca emansipasi watan ini meliputi setiap horizon aspek. Amsal bicara Bass, “kepimpinan sebagai tugas memulakan, mengelola, menjelas dan memotivasikan”, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dilihat selaku pencetus doktrin oligasi patriotisme yang telah menjadi pemandu kepada pembangunan bangsa meliputi setiap kafilah perkara.


Melalui bagan mobiliti sosial, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah berjaya membangunkan bangsa berpasungkan mufrad perpaduan. Selama 22 tahun mengetuai tampuk infantri teknokrasi, beliau telah mengkodifikasikan keadilan sosial yang cacak dan telus dalam menghadapi rencam perkauman watan ini. Peristiwa 13 Mei 1969 telah memacu beliau kepada prakarsa membina urbanisasi yang melikwidasikan anziati perkauman bercerucukkan sejarah yang hiba. Keadilan dalam aspek sosial dilihat sebagai vaksinasi dalam meningkatkan imuniti dalam finit perkauman agar fikiran masyarakat konvensional tidak mudah diacum. Nawaitu beliau dalam membangunkan intuisi bangsa tidak pernah terdegradasi apabila beliau memperkenalkan mesin rakam waktu bagi pekerja dalam alpukah membina penjawat yang bernisabkan kebagasan disiplin yang tinggi. Melalui pengenalan yang didaktilkan, minda masyarakat dilatih agar tidak dikhadam oleh denai detik dalam mengejar arus urbanisasi. Beliau juga menyimpan hasrat dalam melahirkan rakyat yang diibnikan di bawah pasung kepimpinan lantas menubuhkan perpustakaan di Yayasan Kepimpinan Perdana. Alpukah yang telah ditasalsulkan oleh beliau telah meletakkan pencalikan usaha yang tinggi dalam mengkodifikasikan pemikiran bangsa yang selama ini mengalami diskordansi dalam manifestasi akal. Dengan prakarsa-prakarsa yang ditabur dalam sosiobudaya, pemikiran bangsa dinaiktarafkan dan dimufradkan bagi menghambat kemajuan dalam pemodenan.


Daripada pengalaman dua dekad yang lalu, berhubung keajaiban ekonomi di negara yang miskin dari segi sumber semulajadi, adalah jelas bahawa sumber utama mana-mana negara adalah bakat, kemahiran, kepakaran, kekreatifan dan semangat rakyat.
Berikut merupakan buah fikir beliau yang diteorikan dalam 'The Way Forward'. Dalam penekanan ini, iktisad dilihat selaku entiti selaku entiti penting oleh Tun Dr. Mahathir untuk dipacukan dalam honorarium mencapai pembangunan bangsa. Pada awal tampuk pemerintahan yang lalu, beliau dilihat selaku panglima infantri perniagaan apabila dengan lantangnya menegur dasar luar Amerika Syarikat dan Bank Dunia. Dalam maudud tujuan kudsi mempertahankan ekonomi negara, penyuaraan beliau tidak memberi sebarang defisit apabila pelabur-pelabur Britain dan Amerika Syarikat masih tetap melabuhkan andalan saham dalam watan ini. Selain itu, prakarsa beliau yang membenihkan Dasar Pandang ke Timur dan mengemukakan Rancangan Pembangunan Lima Tahun suatu ketika dahulu telah membuahkan pembangunan eksotik dalam iktisad negara. Pemikiran beliau terhadap ekonomi negara yang terdiri daripada kumulatif pertanian, perindustrian dan perdagangan digadangkan dalam prakarsa meluaskan horizon pencalikan asing terhadap watan ini. Bertitik tolak daripada itu, mobiliti rangkaian iktisad mula menjalar membenihkan pembangunan yang pesat amsal pepatah bulan terang baik paksa payang turun ke laut, biduk juga turun ke laut. Dengan penerapan alpukah yang konkrit, sistematik dan pragmatik oleh beliau dalam iktisad telah membawa kepada falah pembangunan bangsa.


“Adakah kita mahu menjadi seperti United Kingdom, Kanada, Holland, Sweden, Finland, Jepun? Sebagai kepastian, setiap daripada 19 negara ini, daripada masyarakat dunia yang mempunyai 160 negara, mempunyai kekuatan sendiri"
Titipan jasa Tun Dr. Mahathir Mohamad terus bergulir memancarkan remang palitan pembangunan bangsa melalui pentas siasah. Cattel pada tahun 1953 pernah memburaskan konotasi “kepimpinan sebagai penciptaan perubahan”. Dalam penekanan ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan pencetus kepada derivasi kemajuan pentas siasah di setiap umulbudan watan ini. Amsal duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak, prakarsa beliau merancakkan pembangunan bangsa tidak pernah susut di atma meski selepas percaturan nasib beliau tatkala Dilema Melayumula dipolemikkan. Melalui pencalikan beliau yang berfaharasatkan kemajuan di praja luar telah mencetus manifestasi fikiran beliau untuk melancarkan projek mega kerajaan. Beliau kagum tatkala melihat bongkah-bongkah konkrit yang berdiri teguh di USA seperti menara Sears, lapangan terbang Dallas dan Washington D.C. lantas membuakkan epilog dalam pembinaan Menara Berkembar Petronas, KLIA dan Putrajaya. Lawatan beliau ke Canada dan Perancis juga telah membawa kepada ijtihad dalam pembinaan Menara Telekom dan Cyberjaya yang wujud sehingga kini. Hasil neogisasi akal dan pencalikan yang disimbiosiskan daripada lawatan di negara-negara tersebut telah membawa kepada pembangunan bangsa yang yang bercerucukkan kekaguman dunia sehingga kini .


Kita mesti maju dalam erti kata perpaduan nasional dan sosial, dalam erti kata ekonomi, dalam erti kata keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kejiwaan, maruah bangsa dan keyakinan.”

Tukilan bicara inilah yang telah dikonotasikan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam cetusan Wawasan 2020. Melalui abtraksi wawasan inilah yang telah memacu bangsa secara itlak ke arah kemajuan. Pembentukan wawasan ini memegang panji membentuk ketamadunan madani yang syumul berpasungkan mufrad perpaduan dalam meniti arus pemodenan. Wawasan yang diwasiatkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ini merupakan alpukah beliau dalam mendoktrinkan dogma masyarakat konvensional untuk mempunyai filsafat tujuan yang jelas dalam kehidupan yang maju. Bertitik tolak daripada itu, beliau bersama kelompok teknokrat negara telah menurapkan beberapa dasar dan rancangan dalam menangani sembilan cabaran yang merintangi abtraksi wawasan. Tokoh dari Barat, Bulver pernah berburas“bahawa dalam kamus yang ditunjukkan kepada pemuda yang menjadi orang cemerlang, perkataan 'gagal' tidak wujud”. Melalui keberanian yang melingkari kafilah perasaan, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melikwidasikan setiap bicara nista yang ditempa dalam memastikan kelancaran pembangunan terus didenai merenteti lereng kemajuan watan ini. Kebagasan jati diri beliau inilah yang telah menjadi indikator dalam pembangunan bangsa yang sehingga kini terus dibahanakan di seluruh wilayah.


Sebagai akhirulkalam yang dapat diintihakan, Tun Dr. Mahathir Mohamad dapat diumpamakan sebagai protagonis dalam mengait alpukah pembangunan bangsa. Vance Packed pernah berkonotasi bahawa “kepimpinan adalah sebagai seni yang menjadikan orang lain melakukan sesuatu mengikut dan mengubah tingkah laku”.Dalam watan ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menjadikan kepimpinan beliau selaku seni dalam melaksanakan derivasi perubahan dengan alpukah setinggi ancala dalam pembangunan bangsa. Meski denai waktu terus beranjak, jasanya tidak akan pernah luput disepoi bumantara dan sentiasa dibahanakan dalam memorial bangsa.

Friday 25 March 2011

tali kasut terikat sendiri(trik mgic)

magic yang kerap kali kita lihat magician lakukannya...okey,,,di sini pulak giliran gua pulak untuk lakukannya...ahaha...magician terkenal daerah kabong,,,,ahahaha(alamak!!perasan la pulak)...hikhik:-p...senang je trik ni....kalau di fikirkan secara logika,x patut tali terikat sendiri,,,kan??so,fikir2 kan lah....ahahah....

mengapungkan objek trick

ni dia magic mengapungkan objek versi ciplak..ahaha..ni aku lah yang buat...just to try...menjadi jugak akhirnya...aku dah xda lagu lain nk letak,letak je sore abg jamal kite ni...ahaha..tapi bez gak magic ni...nampak macam real je...

Thursday 24 March 2011

magically float~tisu terbang@tarantula trik

ni gua nk tunjuk lu orang suma ow....ni tisu bisa terbang...ahaha..kalau x  percaya lu olang boleh lihat sendiri oww video di atas oww...walau pun durasi nya pendek tapi gua ada kuasa dalaman oww..:-p(nampak sangat menipu)


magic ini tidak memerlukan apa2 benda...xda benang,tali,mahupun benda2 yang bisa membuatnya terbang,,,mau tau tutorial magic@trik ini....???lu olang boleh lah cari2 kat youtube tu...rajin2 la sikit,,,ahaha


kalau anda semua sudah tahu,pasti kalian akan kaget(ni cerita kak limah ni)ahaha,,,terpengaruh dengan cerite ni...


ceciter,ceciter,ceeciter....ahahah..kalau anda sudah tahu rahsia trik ini,pasti anda semua tidak percaya bahawa magic ini tipu belaka....aaha..sampai di sini sajelah..layan dulu trik atas tu...kang aku merajuk kang....ahahah:-P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...